Contoh kasus:
Seseorang pengurus surau / mushalla (sebut saja AJK) mencetak sebuah ayat beserta artinya dan dipermak dengan indah pada sebuah kertas kumdian ia perbanyak dan dijual dengan tujuan mendapatkan uang banyak untuk kas mushalla.
Nah, apa hukumnya:
Tindakan AJK Surau tersebut SAMA-SEKALI tidak boleh dipandang sebagai HARAM ataupun BERDOSA , apalagi jika dituduh pula mereka itu hina karena “ memperniagakan ayat-ayat suci Al-Quranul Karim “ .
Guru-guru yang mengajar Al-Quranul Karim pun boleh mengambil upah di atas kerjanya itu , maka begitulah juga dengan menjual dan membeli ayat-ayat suci Al-Quranul Karim.
Kalau tindakan AJK Surau itu dikatakan HARAM sebab memperniagakan Al-Quran , maka bagaimana pula dengan mereka yang menjual dan membeli Al-Quranul Karim !? . Kalau mushaf-mushaf Al-Quranul Karim dan kitab-kitab hadist pun boleh dijadikan bahan perniagaan , maka begitulah juga dengan apa yang dilakukan oleh AJK Surau itu .
Kalau dikatakan HARAM , bagaimana pula dengan mereka yang menjual ayat-ayat suci dengan khat benang emas yang begitu cantik daripada negara Mesir dan Syiria , haramkah juga perniagaan ini ? .
Kalau dikatakan berdosa , bagaimanakah pula dengan Supermarket dan toko yang begitu banyak di Jalan Masjid India ( sebagai contoh ) yang banyak menjual perhiasan-perhiasan yang berukir dengan ayat-ayat suci . Adakah haram perniagaan mereka !? .
Kita masih belum menemukan fatwa daripada mana-mana ulama’ yang mengharamkan perniagaan yang seperti ini .
Sebenarnya , Tindakan yang dilakukan oleh AJK Surau tersebut merupakan tindakan yang bijak , kerana :
1 – Dengan cara menjual ayat-ayat Al-Quranul Karim yang telah di”permak” itu lebih menarik minat para jemaah untuk membeli sambil bersedekah .
2 – Kalau derma diminta begitu saja tanpa cara itu , mungkin lebih susah untuk dikumpulkannya disebabkan kebanyakan manusia memang inginkan adanya imbalan .
3 – Ayat-ayat suci yang dijual itu sendiri boleh dijadikan tazkirah ( peringatan ) kepada manusia di saat mereka lalai , sebagai mana orang yang menggantungkan tali yang mempunyai ayat-ayat suci ataupun di sticker ayat-ayat suci di dalam mobil-mobil mereka. Bukankah manusia itu sendiri mudah lupa dan sering lalai ?
So , bagaimanakah sebenarnya yang dikatakan “ HARAM MENJUAL AYAT-AYAT ALLAH “ ??? :
Jawaban kita : Di dalam Al-Quranul Karim sendiri memang terdapat larangan menjual ayat-ayat Alllah Ta’ala , sebagai mana tersebut di dalam Surah al-Baqarah , ayat 41 :
وَآمِنُواْ بِمَا أَنزَلْتُ مُصَدِّقاً لِّمَا مَعَكُمْ وَلاَ تَكُونُواْ أَوَّلَ كَافِرٍ بِهِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي ثَمَناً قَلِيلاً وَإِيَّايَ فَاتَّقُونِ
Ertinya : “Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Qur'an) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu MENJUAL ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa “
Pengertian dan arahan yang sama juga terdapat di dalam Ayat 44 , Surah al-Maidah dan ayat 95 , Surah an-Nahl . Dan ketiga-tiga ayat tersebut TIDAKLAH SAMA SEKALI MENGHARAMKAN KITA BERJUAL-BELI AYAT-AYAT AL-QURANUL KARIM .
Perkataan “ MENJUAL “ di dalam ketiga-tiga ayat tersebut sebenarnya adalah merujuk kepada “ MENUKAR-NUKAR “ . Maka boleh difahami ayat itu sebagai mana berikut dengan melihat kepada kaitan di antara ayat tersebut dengan ayat sebelumnya : “ Wahai Yahudi ! berimanlah kamu kepada Nabi Muhammad s.a.w dan Al-Quranul Karim yang dibawa olehnya kerana sifat-sifat kerasulannya sendiri sudah kamu temui dengan jelas lagi terang di dalam kitab Taurat kamu ! . Wahai pendita-pendita Yahudi ! Janganlah pula kamu menjadi orang-orang yang pertama sekali menentang kebenaran Nabi Muhammad s.a.w walhal kamu sendiri tahu melalui kitab kamu bahawa dia itu benar-benar adalah utusan Allah ! . Wahai orang-orang Yahudi ! , janganlah pula kamu menukarkan peringatan-peringatan Allah di dalam Al-Quranul Karim itu demi kepentingan duniawi yang sangat rendah lagi murah nilainya itu berbanding ayat-ayat Al-Quranul Karim dan hendaklah kamu semua takut sungguh-sungguh dengan Allah Ta’ala ! “ .
Kalau ditanya : “ DI DALAM FIRMAN ALLAH DI ATAS , DINYATAKAN BAHAWA TIDAK BOLEH DIPERNIAGAKAN AYAT-AYAT ALLAH TA’ALA DENGAN HARGA YANG RENDAH , ADAKAH INI BERMAKNA KITA MESTI MEMPERNIAGAKANNYA DENGAN HARGA YANG MAHAL !? “ .
Pemahaman berdasarkan kiasan seperti ini ( Mafhum Mukhalafah ) tidak boleh digunakan di dalam memahami kehendak ketiga-ketika ayat tersebut . Contohnya : Apabila disebut “ TIDAK DIBENARKAN KERETA MEMASUKI KAWASAN INI “ , adakah ini bermakna traktor , buldozer , tanker dan selain kereta boleh memasuki kawasan tersebut !? .
Contoh lain . Apabila dikatakan : “ TIDAK BOLEH MEMBUNUH PARA ANBIYA’ ( A.S ) SECARA SALAH “ , adakah ini bermakna terdapatnya pula kenyataan yang membenarkan Para Anbiya’ ( a.s ) dibunuh secara betul !?
Begitulah , bukan disemua ayat ( termasuklah ayat-ayat Al-Quranul Karim ) boleh kita fahami secara “ Mafhum Mukhalafah “ ini ! .
Makna yang sebenarnya “ DENGAN HARGA YANG MAHAL “ ialah dengan dunia ( kepentingan duniawi ) yang mana ianya sangatlah murah berbanding dengan kepentingan akhirat untuk meraih syurga Allah Ta’ala yang terlalu mahal harganya .
Tidak ada komentar:
Posting Komentar